Monday, January 26, 2009

Something to Ponder 4

Rasulullah SAW telah bersabda:

“Allah SWT telah berfirman: Aku adalah mengikut sikap dan pandangan hambaKu terhadapKu. Aku akan sentiasa berada bersama-sama hambaKu bilamana sahaja hambaKu ingat akan Daku dan menyebut-nyebut NamaKu. Seandainya hambaKu itu ingatkan Daku di dalam dirinya nescaya Aku akan ingatkan dia di dalam DiriKu. Kalau hambaKu itu menyebut-nyebutkan Aku di hadapan orang ramai, Aku pun akan menyebut-nyebut namanya di hadapan orang ramai lebih baik dari dia. Jika dia datang mendekatkan dirinya kepadaKu dengan jarak sejengkal, nescaya Aku datang mendekatinya dengan jarak sehasta. Jika dia datang sehasta, Aku datang kepadanya sedepa. Jika hambaKu datang mendapatkan Aku dengan cara berjalan kaki, nescaya Aku datang mendapatkan dia dengan berlari-lari kecil”

[Riwayat Bukhari dan Muslim]

No comments:

Post a Comment