Monday, February 2, 2009

Mutiara 2: Kitalah yang memerlukan Jihad

"Dan sesiapa yang berjihad sesungguhnya (ganjaran) ia berjihad adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari alam semesta"

[Surah al-Ankabut 29 : 6]

Semasa kita bekerja, berjuang dan berjihad untuk Islam, kita sebenarnya sedang memenuhi sebahagian daripada haq Allah kepada kita:

"Dan Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahku"

[Az-Zaariyaat 51 : 56]

Rasulullah SAW bersabda:

"Wahai manusia, sesungguhnya Allah berfirman kepadamu: Suruhlah (manusia) berbuat ma'ruf dan cegahlah mereka dari kerja-kerja mungkar sebelum (tiba suatu waktu di mana) kamu meminta, lalu aku tidak lagi menerimanya, dan kamu memohon pertolongan lalu aku tidak menolong kamu lagi".

[Hadith riwayat Ibn Majah dan Ibn Hibban]

Dengan memenuhi haq Allah keatas kita, maka kitalah yang mendapat ganjarannya, iaitu ganjaran pahala dan kemuliaan di sisi Allah (dan kemuliaan di sisi Allah adalah sebenar-benar kemuliaan kerana Dialah yang memiliki segala-galanya).

Tetapi jika kita mundur dan berpaling tadah, maka kitalah yang rugi:

"Dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain dan mereka tidak akan seperti kamu"

[Surah Muhammad 47 : 38]

"Dan barangsiapa yang melanggar janjinya nescaya akibat pelanggarannya itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa yang menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar"

[Surah al-Fath 48 : 10]

[Rujukan: Apa Ertinya Saya Menganut Islam, Utz Fathi Yakan, Pg 113 - 126]

No comments:

Post a Comment